Thursday 8 May 2014

Tip Pemilihan Pakaian Plus Size





plus size


Entry kali ini aku akan menceritakan pengalaman aku bagaimana sukarnya untuk mencari saiz baju khas wanita yang berbadan besar macam aku ni. Bukannya banyak kedai-kedai yang menjual baju-baju plus size dan terlalu limited serta harga pun bukannya murah sangat....yela badan besar sudah tentu menggunakan kain yang banyak untuk membuat pakaian. Kalau nak mencari yang berkualiti tentulah harganya sangat mahal. Kalau boleh biarlah fesyen baju masih sopan dan sesuai digayakan.

So disebabkan pakaian plus size ini agak terhad jadi aku nak berkongsilah sedikit tip-tip pemilihan pakaian plus size dan laman-laman sosial yang menjual pakaian plus size.

Mula-mula pemilihan corak baju sangat penting mempengaruhi bentuk badan anda. Corak vertical (menegak) lebih sesuai bagi wanita yang berbadan besar agak nampak slim bukan horizontal (melintang).

Yang kedua jika anda membeli pakaian yang bercorak bunga...pilihla bunga-bunga yang kecil agar anda nampak ramping dan cantik.

Jangan lupa warna pakaian pun mempengaruhi bentuk badan aku yang plus size ini. So aku pilih pakaian yg berwarna cerah boleh menceriakan hari kita. Ada sesetengah kata pilih warna gelap so akan nampak kurus sebenarnya tak....sebab mereka akan berkata anda nampak teruk dengan warna baju anda pada hari ni.....omg....so pilihla warna cerah jadi orang lebih tertumpu pada color pakaian berbanding tubuh badan/rupa wajah seseorang.

Paling penting pilihla saiz yang betul-betul padan dengan tubuh badan anda!! Kalau bahu 19 inci tentulah pilih saiz 48 atau XXL dan bukannya saiz XL....semata-mata nak nampak slim...heheh....

Aksesori pun penting bagi wanita. Tak sah kalau tiada aksesori ni...so pilihla rantai/gelang yang BOLD/tebal sebab boleh jadi ia cover tahap kebesaran leher/pergelangan seseorang yang plus size dan jadi lebih balance.

Terima kasih kerana telah membaca artikel tip pemilihan pakaian plus size di blog ini.

No comments:

Post a Comment