Wednesday 2 March 2016

Mengenali jenis-jenis kain!!!

Hari ini aku nak kongsikan sesuatu yang aku rasa amat berguna untuk dikongsikan dengan orang lain jenis-jenis material kain yang korang patut tahu!!!

Antaranya ialah :

Batik Pastel

- Batik Pastel kain lembut, ringan (bukan seperti songket sarawak)- 100%cotton

- Kain TIDAK mudah renyuk/komot

- Mudah diGosok

- PERLU dibasuh dulu sebelum hantar jahit bg mengurangkan chamical yg digunakan semasa proses printing.

- Kain tidak panas, tahan lasak, bila jadi baju kain terletak.

-Warna-warna lembut. Sejuk mata memandang.

Dull Satin Valentro

Material nya tidak terlalu nipis dan tidak terlalu tebal. Memang jauh berbeza dengan kain jenis batik ,   Dull satin ini ada 2 jenis iaitu valentro dan heavy valentro, jenis kain ini di kategorikan mengikut berat dan ketebalan masing-masing. Warnanya tidak terlalu berkilat dan kelihatan elegan bila di gayakan. Jenis fabrik ini membuat kan jubah kelihatan flowy semasa dipakai. Kain dull satin valentro mempunyai banyak pilihan warna seperti warna-warna asas, warna terang, dan juga warna pastel. Kain valentro adalah jenis ‘washable’ dan perlu di gosok untuk kelihatan lebih rapi.

Como Crepe

Materialnya lembut dan tidak panas. Sama juga seperti fabrik batik pastel, material lembut dan super ini Kain nya agak berat berbanding kain satin. Material como crepe tidak jarang, dan tidak mudah berkedut. Ciri-ciri kain como crepe yang berat membuatkan si pemakai nampak agak kurus ketika menggayakannya. Kain como crepe mempunyai banyak pilihan warna daripada warna-warna gelap sehingga pilihan warna-warna terang. Kain como crepe adalah material washable dan perlukan light ironing sebelum di pakai.

Moss Crepe

Fabrik Moss Crepe tidak perlu di gosok. Materialnya yang lebih lembut, lebih sedap, lebih nipis tetapi tidak jarang, selamat dan sejuk di pakai.  sesuai untuk buat jubah, blouse dan cardigan panjang. Bersifat berat dan jatuh membuatkan si pemakai tampak lebih slim ketika mengenakannya.  Material ini tidak turun warnanya ketika basuh dan langsung tidak perlu di gosok. Sangat sesuai untuk ibu-ibu yang memangku anak.

No comments:

Post a Comment